Saturday 22 September 2012

Naik Pangkat

Seorang pekerja yang bernama Farizul baru sahaja memulakan kerja di sebuat syarikat .
Tiba - tiba , Farizul dipanggil ke bilik Pengarah .

Pengarah : Awak tahu mengapa saya memanggil kamu di sini ?
Farizul     : Tahu tuan , untuk kenaikan pangkat saya bukan ?
Pengarah : Kamu belum cukup setahun bekerja . Dahulu ketika masuk sini . kamu bermula
                 sebagai kerani , seminggu kemudian bertukar ke jabatan jualan . Selepas                
                 sebulan , kamu saya lantik sebagai Pengurus Jualan dan setelah tiga bulan ,
                 saya menyerahkan jawatan sebagai Wakil Pengarah . Apabila saya pencen
                 nanti , kamu akan gantikan saya ya ?
Farizul     : Ya .
Pengarah : Setelah penat panjang lebar saya terang , itu sahaja yang boleh kamu boleh
                 katakan ?
Farizul     : La ... bukan semalam ayah dah janji ke ?

No comments:

Post a Comment