Tuesday 20 November 2012

Prefect Night


 Gambar kat atas tu adalah pelajar yang pergi Makan Malam Pengawas (Prefect Night) ..,
Dan semua orang dalam gambar tu adalah pengawas ...
Dari kiri , iaitu saya ... :P
Yang kedua tu pula nama dia aqmar dan ramai panggil dia "Jamban" sebab nama bapa dia Jamal jadi semua perli dia dengan nama tu ...
Tapi ramai yang tak tahu sebenarnya bapa dia dah meninggal dunia ... AL-FATIHAH !
yang tengah tu nama dia coreen ... dia seorang cheerful  daripada semua pompuan di sekolah ... Kalau ikutkan , kalau lelaki nak sembang dengan pompuan mesti pompuan tak mau sembang dengan laki tapi dia berbeza sangat ...
Yang keempat tu pula nama dia kiranjeet , dia AJK kami dan dia tegas dalam segala hal (kadang2 tu tak langsung) :P
Yang terakhir tu nama dia Cyn -Thia dan suara dia memang merdu dan lagi dia pandai nyayi lagu melayu dan inggeris ...
Semua dalam pic tu semuanya Form 2 ...

 P / S : Lagi sorang  dah balik , jadi tak sempat nak tangkap gambar dengan dia ...

 
 


Perbezaan hati laki dan pompuan


Rupa2nya hati perempuan lagi lembut daripada hati lelaki
Tapi ada setengah laki ingat hati perempuan sama kuat dengan hati mereka
Sebenarnya dulu aq selalu kacau perempuan waktu sekolah rendah iaitu di kelas , kantin dan banyak lagi
 Bila dah puas kacau dan nak minta maaf , mesti dia akan sentap dan dia x kan maafkan
Dan lepas tu aq dah insaf ... Sorrylah ...

 P / S : Coreen , izni & liana , sorrylah yang hari tu aq libatkan kamu bertiga dengan Miss Lau (PK Hem) dan Cikgu Farah (Guru Besar) 


Saturday 22 September 2012

Penyakit

Dua pelajar kolej perubatan sedang bersiar - siar di bandar . Mereka terserempak dengan 
seorang lelaki tua yang berjalan dengan cara yang amat pelik sekali . Berdasarkan pengetahuan
mereka yang agak terhad , masing - masing cuba untuk mentafsir mengapakah lelaki tersebut
jalan sedemikian rupa .

Izwan       : Orang tua itu sudah tentu menghidap satu sindrom yang digelar sindrom 'Heelmigra' .
Zami        :  Tidak ! Dia sebenarnya mempunyai penyakit yang dipanggil sindrom 'Meyainer'

Maka kedua - duanya mula bertekak dan hampir bergaduh akibat berlainan pendapat .
Akhirnya Izwan dan Zami menemui jalan buntu . Terlintas di  fikiran mereka untuk bertanyakan
secara terus sahaja kepada orang tua itu .
 
Izwan       : Kami tengok oakcik jalan terkangkang , boleh kami tahu pakcik menghidap
                  penyakit apa ?  
Orang tua : Sebenarnya nak , pakcik tidak sakit . Pakcik tidak mrmpunyai apa - apa
                  pun penyakit .
Zami         : Habis tu ?
Orang tua : Sebenarnya pakcik nak kentut tadi , lepas tu terberak pula dalam seluar .
                  Sebab tu lah pak cik jalan terkangkang
Izwan &   : *&@#$>^!
Zami

Naik Pangkat

Seorang pekerja yang bernama Farizul baru sahaja memulakan kerja di sebuat syarikat .
Tiba - tiba , Farizul dipanggil ke bilik Pengarah .

Pengarah : Awak tahu mengapa saya memanggil kamu di sini ?
Farizul     : Tahu tuan , untuk kenaikan pangkat saya bukan ?
Pengarah : Kamu belum cukup setahun bekerja . Dahulu ketika masuk sini . kamu bermula
                 sebagai kerani , seminggu kemudian bertukar ke jabatan jualan . Selepas                
                 sebulan , kamu saya lantik sebagai Pengurus Jualan dan setelah tiga bulan ,
                 saya menyerahkan jawatan sebagai Wakil Pengarah . Apabila saya pencen
                 nanti , kamu akan gantikan saya ya ?
Farizul     : Ya .
Pengarah : Setelah penat panjang lebar saya terang , itu sahaja yang boleh kamu boleh
                 katakan ?
Farizul     : La ... bukan semalam ayah dah janji ke ?

Sunday 22 January 2012

Rindu Din Beramboi !


Semalam aq ada menonton cerita "Afi Dan Abah"
Bila aq tonton cerita tu ...
Adalah juga din beramboi berlakon dalam cerita tu ...
Bila tengok dia berlakon ...
Teringat pula waktu dia ada ...
Dia selalu buat aksi lawak  ...
Hahaha ...

P/S : Marilah kita sederkah AL-Fatihah untuk arwah din beramboi 
        AL-FATIHAH !