Saturday 22 September 2012

Penyakit

Dua pelajar kolej perubatan sedang bersiar - siar di bandar . Mereka terserempak dengan 
seorang lelaki tua yang berjalan dengan cara yang amat pelik sekali . Berdasarkan pengetahuan
mereka yang agak terhad , masing - masing cuba untuk mentafsir mengapakah lelaki tersebut
jalan sedemikian rupa .

Izwan       : Orang tua itu sudah tentu menghidap satu sindrom yang digelar sindrom 'Heelmigra' .
Zami        :  Tidak ! Dia sebenarnya mempunyai penyakit yang dipanggil sindrom 'Meyainer'

Maka kedua - duanya mula bertekak dan hampir bergaduh akibat berlainan pendapat .
Akhirnya Izwan dan Zami menemui jalan buntu . Terlintas di  fikiran mereka untuk bertanyakan
secara terus sahaja kepada orang tua itu .
 
Izwan       : Kami tengok oakcik jalan terkangkang , boleh kami tahu pakcik menghidap
                  penyakit apa ?  
Orang tua : Sebenarnya nak , pakcik tidak sakit . Pakcik tidak mrmpunyai apa - apa
                  pun penyakit .
Zami         : Habis tu ?
Orang tua : Sebenarnya pakcik nak kentut tadi , lepas tu terberak pula dalam seluar .
                  Sebab tu lah pak cik jalan terkangkang
Izwan &   : *&@#$>^!
Zami

Naik Pangkat

Seorang pekerja yang bernama Farizul baru sahaja memulakan kerja di sebuat syarikat .
Tiba - tiba , Farizul dipanggil ke bilik Pengarah .

Pengarah : Awak tahu mengapa saya memanggil kamu di sini ?
Farizul     : Tahu tuan , untuk kenaikan pangkat saya bukan ?
Pengarah : Kamu belum cukup setahun bekerja . Dahulu ketika masuk sini . kamu bermula
                 sebagai kerani , seminggu kemudian bertukar ke jabatan jualan . Selepas                
                 sebulan , kamu saya lantik sebagai Pengurus Jualan dan setelah tiga bulan ,
                 saya menyerahkan jawatan sebagai Wakil Pengarah . Apabila saya pencen
                 nanti , kamu akan gantikan saya ya ?
Farizul     : Ya .
Pengarah : Setelah penat panjang lebar saya terang , itu sahaja yang boleh kamu boleh
                 katakan ?
Farizul     : La ... bukan semalam ayah dah janji ke ?